English | Bahasa Malaysia

Kawalan Anai-Anai

Kami menawarkan 3 tahap perkhidmatan kawalan anai-anai bergantung pada tahap serangan.

Pemeriksaan Anai-Anai

Sistem Pengumpanan Anai-Anai Ridpest

Sistem Pemantauan Anai-Anai Ridpest

Pemeriksaan Anai-Anai

  • Ridpest akan menjalankan “20-mata Pemeriksaan Makhluk Perosak” semasa pertama kali membuat pemeriksaan di premis.
  • Pakar Kawalan Perosak kami akan mencari tanda-tanda serangan anai-anai termasuk tiub lumpur atau jejak anai-anai, perubahan warna atau tekstur kawasan berkayu, retakan dan ruang kosong di kawasan berkayu, bunyi anai-anai dan juga sayap kelkatu anai-anai yang ditinggalkan.
  • Kami akan memberi perhatian khusus kepada bahagian-bahagian penting seperti bingkai pintu, bingkai tingkap, lantai kayu dan parket serta skirting, siling, kabinet, almari pakaian dan bilik stor.

Memilih Servis Kawalan Anai-Anai Yang Sesuai

Rawatan Pencegahan

Tapak Baru

  • Sistem pemantauan anai-anai
  • Rawatan tanah
  • Penggerudian anai-anai

Pengubahsuaian

  • Sistem pemantauan anai-anai
  • Pemeriksaan anai-anai
  • Penggerudian anai-anai

Bangunan Sedia Ada

  • Sistem pemantauan anai-anai
  • Pemeriksaan anai-anai
  • Penggerudian anai-anai
Premis Yang Dipenuhi Anai-anai

Tapak Baru

Pengubahsuaian

  • Pemeriksaan anai-anai
  • Sistem pengumpanan anai-anai
  • Penggerudian anai-anai

Bangunan Sedia Ada

  • Pemeriksaan anai-anai
  • Sistem pengumpanan anai-anai
  • Penggerudian anai-anai

Sistem Pengumpanan Anai-Anai Ridpest

Sistem pengumpanan anai-anai Ridpest merupakan satu kaedah revolusi dan terbukti dapat melindungi harta tanah anda daripada serangan dan kerosakan anai-anai!

Sistem ini menangani masalah anai-anai dengan cara menghapuskan keseluruhan koloni tanpa merosakkan harta benda pemilik.

Sistem pengumpanan anai-anai Ridpest telah terbukti berkesan dan memberikan perlindungan jangka panjang kepada harta benda anda; terutamanya daripada serangan anai-anai bawah tanah.

The-Ridpest-Termite-Baiting-Monitoring-System-is-the-only-termite-control-solution-in-Malaysia-that-comes-with-a-200-Money-Back-Guarantee

Sistem Pengumpanan & Pemantauan Anai-Anai Ridpest adalah satu-satunya penyelesaian kawalan anai-anai di Malaysia yang dilengkapi dengan Jaminan Wang dikembalikan 200%!

Bagaimanakah Sistem Pengumpanan Anai-Anai Ridpest Berfungsi?

6 langkah penghapusan koloni anai-anai.

Beri makan umpan anai-anai kepada anai-anai.

Anai-anai yang telah memakan umpan tersebut akan membawanya pulang untuk diberikan kepada keseluruhan koloni yang lain termasuk permaisurinya.

Umpan ini mengandungi bahan aktif yang bertindak sebagai pengawal pertumbuhan serangga (Insect Growth Regulator, IGR). Bahan aktif ini akan menghalang anai-anai daripada menyalin kulit luarnya apabila mereka ingin membesar.

Kebanyakan anai-anai dalam koloni tersebut akan mula mati disebabkan kegagalan mereka untuk menyalin kulit luarnya dan keadaan sarang yang penuh dengan anai-anai yang telah mati menyebabkan ia tidak sesuai untuk didiami.

Permaisuri anai-anai akan mati apabila tiada lagi anai-anai lain yang memberinya makan.

Apabila permaisurinya mati, maka keseluruhan koloni juga akan terhapus.

Ansuran Tanpa Faedah

Pelanggan Ridpest mempunyai pilihan untuk membayar ansuran tanpa faedah melalui kaedah EzyPayment mengikut bank yang telah ditetapkan

Baca lebih lanjut >

Ridpest mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam membantu beribu-ribu pemilik hartanah komersial mahupun pemilik kediaman dalam melindungi pelaburan mereka daripada serangan anai-anai dan serangga lain.

Jaminan Pulangan Wang 200% Ridpest

Keyakinan kami terhadap Sistem Pengumpanan Anai-Anai Ridpest dapat dilihat dengan adanya Jaminan Pemgembalian Wang 200% Tanpa Risiko bagi setiap pelanggan yang memilih Ridpest untuk menangani masalah anai-anai mereka.

Jika Sistem Pengumpanan Anai-Anai kami tidak berjaya dalam masa 120 hari daripada hari pertama anai-anai telah mula memakan umpan, sebagai pelanggan Ridpest anda boleh mendapat jaminan seperti yang berikut:

Bayaran Balik Sepenuhnya

Anda akan menerima semula setiap sen yang telah anda laburkan kepada Ridpest

Pilihan Bagi Rawatan Anai-Anai Anda

Anda mempunyai pilihan untuk terus menggunakan perkhidmatan kami untuk mengatasi masalah anai-anai anda secara PERCUMA sehingga anai-anai dihapuskan;

ATAU

  • Ridpest akan membayar kos yang telah anda keluarkan bagi mendapatkan rawatan daripada syarikat kawalan makhluk perosak yang lain
  • Sekiranya caj melebihi jumlah yang telah anda laburkan kepada Ridpest, anda harus menambah nilai baki tersebut

Sekiranya anda seorang pemaju atau sedang membina kediaman baru, Ridpest juga menawarkan perkhidmatan berikut:

Rawatan Anti Anai-Anai Pra-Pembinaan

  • Cecair kimia anai-anai akan dimasukkan ke dalam struktur asas dengan cara suntikan atau penggerudian lubang untuk melindungi struktur daripada serangan anai-anai.
  • Rawatan biasanya dilakukan semasa fasa perancangan dan pembinaan struktur iaitu selepas dinding atau tiang asas telah dibina.
  • Cecair kimia anai-anai yang sudah kering akan membentuk penghadang berterusan yang akan menghalang anai-anai bawah tanah daripada menyerang bangunan.

Rawatan Anti Anai-Anai Selepas Pembinaan

  • Kaedah ini melibatkan penggerudian lubang pada lantai atau struktur asas bangunan dan cecair kimia anai-anai akan disuntik ke dalam tanah.
  • Ini membolehkan cecair kimia anai-anai berada diatas papak konkrit dimana mungkin terdapatnya retakan dan celahan.
  • Cecair kimia anai-anai juga akan disuntik ke dalam struktur kayu yang telah rosak disebabkan oleh anai-anai bawah tanah untuk membunuh anai-anai yang sedia ada.

Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan pra-rawatan, hubungi kami.

Testimonial