Technician installing a termite bait station as part of Ridpest's professional termite control system.

English | Bahasa Malaysia

Kawalan Anai-Anai

Ridpest adalah SATU-SATUNYA syarikat kawalan anai-anai di Malaysia yang menawarkan Jaminan Pulangan Wang 200%! Dengan pengalaman selama 40 tahun sejak 1985, pakar berlesen kami menyediakan kawalan anai-anai terbaik di lapangan.

Apakah yang ditawarkan dalam Jaminan Pulangan Wang 200% kami?

  • Bayaran Balik Sepenuhnya: Anda akan menerima semula setiap sen yang telah anda laburkan kepada Ridpest jika kami tidak berjaya menyelesaikan masalah anai-anai anda dalam masa 150 hari.
  • Pilihan Bagi Rawatan Anai-Anai:
    ✔ Anda boleh terus menggunakan perkhidmatan Ridpest tanpa caj tambahan ATAU
    ✔ Kami akan membayar kos yang telah anda keluarkan bagi mendapatkan rawatan daripada syarikat kawalan makhluk perosak yang lain.

Kami menawarkan 3 tahap perkhidmatan kawalan anai-anai bergantung pada tahap serangan.

Checklist document with magnifying glass.

Pemeriksaan Anai-Anai

Illustration of a termite monitoring station with termite activity.

Sistem Pengumpanan Anai-Anai Ridpest

Magnifying glass with an eye representing pest inspection.

Sistem Pemantauan Anai-Anai Ridpest

eliminate termites 200% money back guaranteed

Sistem Pengumpanan & Pemantauan Anai-Anai Ridpest adalah satu-satunya penyelesaian kawalan anai-anai di Malaysia yang dilengkapi dengan Jaminan Wang Dikembalikan 200%!

Calendar icon representing scheduled pest control services.

Ansuran Tanpa Faedah

Pelanggan Ridpest mempunyai pilihan untuk membayar ansuran tanpa faedah melalui kaedah EzyPayment mengikut bank yang telah ditetapkan

Baca lebih lanjut >

Calculator icon representing pest control quotations and service cost estimation.

Bayar Kemudian dengan Faedah 0%!

Nikmati Pelan Bayaran Ansuran baharu yang membolehkan anda memilih pelan ansuran 0% selama 6 bulan dan 12 bulan melalui bank-bank yang telah ditetapkan.

Baca Lebih Lanjut >

Pemeriksaan Anai-Anai

  • Ridpest akan menjalankan “20-mata Pemeriksaan Makhluk Perosak” semasa pertama kali membuat pemeriksaan di premis.
  • Pakar Kawalan Perosak kami akan mencari tanda-tanda serangan anai-anai termasuk tiub lumpur atau jejak anai-anai, perubahan warna atau tekstur kawasan berkayu, retakan dan ruang kosong di kawasan berkayu, bunyi anai-anai dan juga sayap kelkatu anai-anai yang ditinggalkan.
  • Kami akan memberi perhatian khusus kepada bahagian-bahagian penting seperti bingkai pintu, bingkai tingkap, lantai kayu dan parket serta skirting, siling, kabinet, almari pakaian dan bilik stor.

Memilih Servis Kawalan Anai-Anai Yang Sesuai

Rawatan Pencegahan

Tapak Baru

  • Sistem pemantauan anai-anai
  • Rawatan tanah
  • Penggerudian anai-anai

Pengubahsuaian

  • Sistem pemantauan anai-anai
  • Pemeriksaan anai-anai
  • Penggerudian anai-anai

Bangunan Sedia Ada

  • Sistem pemantauan anai-anai
  • Pemeriksaan anai-anai
  • Penggerudian anai-anai
Premis Yang Dipenuhi Anai-anai

Tapak Baru

Pengubahsuaian

  • Pemeriksaan anai-anai
  • Sistem pengumpanan anai-anai
  • Penggerudian anai-anai

Bangunan Sedia Ada

  • Pemeriksaan anai-anai
  • Sistem pengumpanan anai-anai
  • Penggerudian anai-anai

Sistem Pengumpanan Anai-Anai Ridpest

Sistem pengumpanan anai-anai Ridpest merupakan satu kaedah revolusi dan terbukti dapat melindungi hartanah anda daripada serangan dan kerosakan anai-anai!

Sistem ini menangani masalah anai-anai dengan cara menghapuskan keseluruhan koloni tanpa merosakkan harta benda pemilik.

Sistem pengumpanan anai-anai Ridpest telah terbukti berkesan dan memberikan perlindungan jangka panjang kepada harta benda anda; terutamanya daripada serangan anai-anai bawah tanah.

Bagaimanakah Sistem Pengumpanan Anai-Anai Ridpest Berfungsi?

6 langkah penghapusan koloni anai-anai.

Illustration of an in-ground termite monitoring station.

Beri makan umpan anai-anai kepada anai-anai.

Illustration of termites attacking wood.

Anai-anai yang telah memakan umpan tersebut akan membawanya pulang untuk diberikan kepada keseluruhan koloni yang lain termasuk permaisurinya.

Illustration of a bait container.

Umpan ini mengandungi bahan aktif yang bertindak sebagai pengawal pertumbuhan serangga (Insect Growth Regulator, IGR). Bahan aktif ini akan menghalang anai-anai daripada menyalin kulit luarnya apabila mereka ingin membesar.

Illustration showing termites spreading bait through the colony.

Kebanyakan anai-anai dalam koloni tersebut akan mula mati disebabkan kegagalan mereka untuk menyalin kulit luarnya dan keadaan sarang yang penuh dengan anai-anai yang telah mati menyebabkan ia tidak sesuai untuk didiami.

Illustration of an insect larva.

Permaisuri anai-anai akan mati apabila tiada lagi anai-anai lain yang memberinya makan.

Illustration showing a pest emerging from a hole.

Apabila permaisurinya mati, maka keseluruhan koloni juga akan terhapus.

Ridpest mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam membantu beribu-ribu pemilik hartanah komersial mahupun pemilik kediaman dalam melindungi pelaburan mereka daripada serangan anai-anai dan serangga lain.

Sistem Pemantauan Anai-Anai Ridpest

Untuk pengawasan anai-anai yang berkesan, Stesen Pemantauan Anai-Anai Ridpest akan dipasang di sekeliling perimeter hartanah anda. Stesen-stesen ini berfungsi sebagai stesen umpan yang memintas laluan anai-anai semasa mereka mencari sumber makanan baru di bawah tanah.

Stesen-stesen ini diperiksa secara berkala oleh Pemeriksa Lapangan Anai-Anai Ridpest yang terlatih. Jika anai-anai ditemui di stesen ini, pemeriksa kami akan menggunakan umpan khas yang direka untuk menghapuskan koloni dan ratu anai-anai.

Kaedah ini membolehkan Pasukan Profesional Ridpest memantau hartanah anda dan melakukan pengesanan awal supaya kami dapat menentang ancaman serangan anai-anai.

Sekiranya anda seorang pemaju atau sedang membina kediaman baru, Ridpest juga menawarkan perkhidmatan berikut:

Rawatan Anti Anai-Anai Pra-Pembinaan

  • Cecair kimia anai-anai akan dimasukkan ke dalam struktur asas dengan cara suntikan atau penggerudian lubang untuk melindungi struktur daripada serangan anai-anai.
  • Rawatan biasanya dilakukan semasa fasa perancangan dan pembinaan struktur iaitu selepas dinding atau tiang asas telah dibina.
  • Cecair kimia anai-anai yang sudah kering akan membentuk penghadang berterusan yang akan menghalang anai-anai bawah tanah daripada menyerang bangunan.

Rawatan Anti Anai-Anai Selepas Pembinaan

  • Kaedah ini melibatkan penggerudian lubang pada lantai atau struktur asas bangunan dan cecair kimia anai-anai akan disuntik ke dalam tanah.
  • Ini membolehkan cecair kimia anai-anai berada diatas papak konkrit dimana mungkin terdapatnya retakan dan celahan.
  • Cecair kimia anai-anai juga akan disuntik ke dalam struktur kayu yang telah rosak disebabkan oleh anai-anai bawah tanah untuk membunuh anai-anai yang sedia ada.

Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan pra-rawatan, hubungi kami.

Testimonial