Sistem Pemantauan Anai-anai.

Harta sering dianggap sebagai pilihan pelaburan. Kebanyakan pemilik akan membeli aset seperti rumah peribadi dan ramai pelabur hartanah memiliki beberapa hartanah lain untuk disewakan atau untuk mengaut keuntungan jualan daripadanya. Walau bagaimanapun, memiliki dan mencantikkan harta tersebut hanyalah permulaan perjalanan. Mengurus serta menyelenggara harta tersebut juga penting bagi memastikan nilai harta tersebut semakin tinggi dan akan memberi hasil yang lebih baik.

Menjaga keselamatan harta benda daripada alam semulajadi seperti anai-anai adalah sama penting seperti mempunyai pengawal keselamatan di kawasan kejiranan anda. Seekor permaisuri anai-anai boleh bertelur sebanyak 30,000 telur sehari dimana jumlah ini mampu untuk memberi kerosakkan kepada harta benda anda.

Bagi pengawasan anai-anai yang paling berkesan, stesen pemantauan anai-anai Ridpest akan dipasang di sekeliling perimeter rumah anda. Stesen ini bertindak sebagai stesen untuk mengumpan anai-anai yang berada di bawah tanah yang sedang mencari sumber makanan yang baru. Stesen ini akan diperiksa oleh juruteknik yang terlatih. Jika anai-anai ditemui di dalam stesen tersebut, spesifik umpan akan digunakan.

Direction for use IG

Anai-anai akan terus makan umpan ini dan pada masa yang sama, ia akan membawa pulang umpan ini kepada koloni mereka untuk dikongsi bersama anai-anai yang lain. Umpan ini mengandungi alpha selulosa yang sangat halus dan ditambah dengan ramuan khas yang akan menghalang anai-anai daripada menyalin kulit luarnya, seterusnya menghalang mereka daripada membesar. Permaisuri anai-anai pula akan mati apabila tiada lagi anai-anai pekerja yang memberinya makan. Proses ini akhirnya akan menghapuskan keseluruhan  koloni walau sedalam manapun sarangnya.

Sistem Pengumpanan Anai-anai Ridpest juga wujud dengan jaminan 200% pemulangan semula wang anda yang akan memberi jaminan penuh serta menyenangkan anda.

Ridpest telah mempunyai 28 tahun rekod dalam membantu beribu-ribu pemilik hartanah komersil mahupun pemilik kediaman dalam melindungi pelaburan mereka daripada serangan anai-anai dan serangga lain.