Secara tradisionalnya, rawatan cecair kimia telah digunakan bagi menangani masalah serangan anai-anai. Bagi rawatan ini, lubang kecil sebesarnya duit syiling 20sen akan digerudi pada lantai konkrit,dan garaj. Racun perosak akan disuntik ke dalam lubang tersebut.

Rawatan cecair kimia merupakan satu-satunya rawatan anai-anai yang memerlukan penggerudian pada konkrit, jubin mahupun pada tanah yang keras. Rawatan ini memerlukan kawasan penggerudian yang luas dan sewajarnya pada kawasan tapak yang dilindungi oleh lantai, kayu berjubin mahupun permaidani, selain itu, penggerudian juga perlu dilakukan melalui batu yang lain. Anggaran jarak bagi setiap lubang ialah 3 kaki. Hal ini bermakna, pengendali makhluk perosak perlu menggerudi sekurang-kurangnya 50-60 lubang disekeliling perimeter rumah yang bersaiz 20’×70’.

Idea bagi rawatan ini adalah menyediakan lapisan kimia antara anai-anai yang berada dibawah tanah dan struktur bangunan. Walau bagaimanapun, pengendali makhluk perosak yang professional juga akan mengalami kesukaran dalam menyediakan lapisan kimia ini pada kawasan yang mempunyai jurang kecil. Jurang ini mampu menyediakan laluan bagi anai-anai untuk masuk ke dalam rumah.

Perkara penting yang perlu diketahui ramai ialah kaedah suntikan kimia bukan satu jalan penyelesaian yang muktamad bagi masalah serangan anai-anai. Selagi koloninya serta permaisuri anai-anai masih hidup, koloni tersebut akan terus berkembang dan akan merosakkan harta anda.

Untuk menghapuskan anai-anai secara berkesan daripada merosakkan harta benda anda ialah, kita harus memahami biologi dan cara pemakanannya. Anai-anai subteranian merupakan anai-anai yang paling biasa menyerang premis dan tinggal di dalam tanah. Mereka merupakan serangga sosial yang hidup dalam koloni dan boleh berkembang sehingga 2 juta ahli. Koloni ini mempunyai jaringan terowong dan ruang-ruang yang dibina berdekatan dengan permaisuri dan rajanya. Permaisuri dan rajanya hanya mempunyai tugas tunggal iaitu untuk membiak.

Ahli koloni yang lain terhasil daripada pembiakan kedua iaitu anai-anai pekerja dan anai-anai askar. Kedua-dua jenis anai-anai ini penting dalam memastikan kesihatan koloninya. Anai-anai yang terpilih untuk menjadi permaisuri akan diberi makan makanan yang istimewa bagi memastikan mereka membesar dengan sayap dan mempunyai keupayaan untuk mengawan dan bertelur. Kebanyakkan anai-anai pembiak ini akan terbang keluar daripada sarangnya dalam jumlah yang besar semasa musim hujan.

Pada peringkat tersebut, mereka kelihatan sama antara jantan (raja) dan betina (permaisuri), dan mereka tidak mempunyai abdomen yang kelihatan seperti membengkak. Mereka akan terbang keluar bagi memulakan koloni baru di tempat lain. Jika berjaya, mereka akan mengawan dan akan mula menggali ke dalam tanah. Apabila sudah berada di dalam tanah, mereka akan mula membentuk satu koloni yang baru.

Apabila permaisuri dan raja anai-anai telah selamat tinggal bersama di dalam sarangnya, permaisuri anai-anai akan mula membesar dan menghasilkan telur bagi memulakan koloni baru. Sesetengah spesis diketahui bahawa mampu bertelur sebanyak sebiji bagi setiap saat, jadi secara teorinya ia mampu bertelur lebih daripada 30 juta telur setahun. Kebanyakkan kes, permaisuri anai-anai boleh bertelur sehingga 30,000 telur sehari.

Anai-anai pekerja akan terus sibuk 24 jam sehari bagi mencernakan fiber kayu dan segala makanan mereka yang berasaskan selulosa untuk dikongsi bersama ahli-ahli yang lain dalam koloninya. Mereka juga boleh mengunyah plumbum, asphalt, plaster atau mortar bagi mencari kayu. Anai-anai pekerja merupakan kasta yang paling banyak menyebabkan kerosakan kerana tabiatnya yang boleh mengunyah serta memakan kayu dan bahan-bahan yang berasakan selulosa.

Semasa anai-anai pekerja sedang mencari makanan, mereka akan menemui sumber makanan yang baru dan baik iaitu, kayu yang sangat mudah untuk dimakan di dalam Stesen Pemantauan Anai-anai Ridpest. Stesen Pemantauan Anai-anai ini akan diperiksa secara kerap oleh Pengendali Profesional Anai-anai Ridpest. Apabila anai-anai telah ditemui memakan kayu di dalam stesen pemantauan tersebut, Pengedali Profesional Anai-anai kami akan meletakkan umpan anai-anai Ridpest ke dalam stesen pemantauan tersebut. Stesen pemantauan ini akan diumpan dengan menggunakan alpha selulosa yang mengandungi Chlorfluazuron, pengawal tumbesaran serangga. Anai-anai akan berkongsi umpan ini bersama koloninya yang lain, dan seterusnya mereka akan mati disebabkan tidak boleh bertukar kulit. Apabila ahli anai-anai yang lain telah mati, permaisurinya akan mati kelaparan disebabkan tiada bekalan makanan yang disuapkan kepadanya. Keseluruhan koloni akan berhenti dihasilkan dan seterusnya akan terhapus kerana matinya permaisuri mereka.

Anai-anai sensitif terhadap ancaman dan mereka akan bertindak segera untuk melindungi ahlinya. Oleh sebab itulah, Ridpest memilih untuk menggunakan Sistem Pengumpanan Anai-anai yang menggunakan umpan alpha selulosa yang sangat halus dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menangkis anai-anai. Ia juga mengandungi jumlah makanan perangsang yang tertentu bagi memastikan penghapusan yang berjaya. Apabila anai-anai telah mula memakan umpan, mereka tidak akan teragak-agak untuk memakan kesemuanya dan tidak akan memakan sumber makanan yang lain. Hal ini boleh membantu meminimakan kerosakan pada bahagian kayu dan secara tidak langsung memberi bahan aktif yang mencukupi untuk menghapuskan keseluruhan anai-anai.

Sistem Pengumpanan Anai-anai Ridpest sangat berkesan dalam menyelesaikan masalah serangan anai-anai berbanding kaedah konvensional seperti semburan racun serangga dan rawatan tanah. Kaedah konvensional kebiasaanya hanya membunuh sebahagian anai-anai dan susah untuk membunuh permaisuri dan rajanya yang sentiasa membiak pada setiap hari.

Cara terbaik dan yang paling dipercayai untuk menghapuskan anai-anai ialah menggunakan umpan. Cara ini selamat kerana ia hanya mensasarkan kepada serangga perosak tersebut dan tidak membahayakan haiwan dan manusia lain.

Menyelesaikan masalah anai-anai anda adalah tugas bagi pakar anai-anai yang professional. Ridpest terkenal dengan jaminannya dalam kejayaan menghapuskan anai-anai selama 29 tahun ini. Teknologi sistem pengumpanan anai-anainya yang canggih hadir dengan jaminan pulangan wang berganda.

Menurut Stephen Liu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ridpest Sdn Bhd,”Kami komited dalam memastikan setiap pelanggan kami, besar atau kecil, baru atau lama, menerima tahap perkhidmatan yang unik dan memberi kesan ‘Wow’ yang tidak akan ditemui di tempat lain.”

Ridpest sangat yakin dengan Sistem Pengumpanan Anai-anainya sehingga mewujudkan 200% Bebas Risiko Jaminan Pulangan Wang. Jika Sistem Pengumpanan Anai-anainya tidak berjaya dalam masa 120 hari daripada hari pertama anai-anai telah mula memakan umpan, anda boleh mendapatkan bayaran balik PENUH berdasarkan jumlah invois , dan Ridpest akan membayar jumlah yang telah anda laburkan bagi mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat lain ATAU anda boleh meneruskan perkhidmatan bersama Ridpest bagi menyelesaikan masalah anai-anai tersebut. Anda tidak akan mengalami kerugian apabila anda memilih Jaminan Pulangan Wang Ridpest.

Jika anda mengesan sebarang aktiviti anai-anai dirumah anda, atau anda tidak pasti sama ada rumah anda bebas daripada anai-anai, anda bolehlah menghubungi kami di talian bebas tol 1-800-1777 bagi menetapkan temujanji bersama Penasihat Pengurus Makhluk Perosak kami. Lawati kami di www.ridpest.com

Maklumat lanjut berkenaan Sistem Pengumpanan Anai-anai Ridpest.